NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis“) menerangkan bagaimana Goche Corporation Sdn Bhd (satu syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di 8, 10, 12, Gat Lebuh Cecil, 10300 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia) termasuk pegawai, pekerja, pemegang kepentingan, syarikat bersekutu, syarikat subsidiari, syarikat berkaitan, sekutu, rakan kongsi, pengendali laman web, pengganti, pemegang serah hak, pemegang lesen, ejen, kontraktor bebas, dan pihak ketiga lain yang berkaitan dengan GCSB dari semasa ke semasa (secara kolektif dirujuk sebagai GCSB“) adalah komited dalam menggunakan dan melindungi privasi Data Peribadi anda dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“). Notis ini dirumuskan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada anda bagaimana GCSB akan menggunakan Data Peribadi anda dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan dasar privasi dan syarat-syarat yang berlainan yang telah ditetapkan oleh GCSB dari semasa ke semasa, dan perjanjian berlainan yang anda mungkin ada dengan GCSB (jika ada).

Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. GCSB berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di laman web www.technicians.my (“Laman Web”). Dengan terus berkomunikasi dengan GCSB atau dengan terus melantik GCSB untuk memberikan perkhidmatan , atau dengan terus menggunakan perkhidmatan GCSB atau dengan terus memberi Data Peribadi (sama ada secara bersendirian, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili, surat, dan lain-lain) berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap sebagai setuju dan menerima pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Bagi tujuan Notis ini:

Data Peribadi” bermaksud semua maklumat dan penyataan pendapat yang secara langsung atau tidak langsung, berkaitan dengan seseorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat atau penyataan pendapat itu, termasuk tanpa had, maklumat dan penyataan pendapat berkenaan dengan kesihatan fizikal atau mental, asal-usul bangsa atau etnik, kepercayaan agamanya atau kepercayaan serupa, dan/atau prosiding jenayah atau sivil.

Contoh-contoh Data Peribadi yang mungkin Diproses oleh GCSB termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat peribadi anda daripada anda atau daripada orang lain yang anda mungkin membuat tempahan atau pendaftaran bagi pihaknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, no.  kad pengenalan / paspot, alamat e-mel, maklumat pekerjaan (termasuk tanpa had, tajuk perkerjaan, kelayakan dan perincian pendidikan, sejarah pekerjaan dan gaji), pilihan peribadi, alamat IP, butir-butir ‘social media’, keutamaan kandungan,  maklumat kewangan (termasuk butiran bank akaun, butiran kad kredit, dan jumlah deposit) , sebarang tempahan atau pendaftaran yang dibuat oleh anda atau orang lain atau pihak ketiga yang lain yang diberi kuasa oleh anda (sama ada secara langsung atau melalui mana-mana kaedah komunikasi termasuk ditulis, secara elektronik atau secara lisan meminta GCSB untuk menyediakan perkhidmatan, atau maklumat), sebarang mesej, komen atau maklum balas yang anda serahkan secara peribadi kepada GCSB, atau melalui e-mel atau melalui Laman Web, foto dan imej, rakaman dan sebarang maklumat dan/atau ungkapan pendapat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan Diproses oleh GCSB atau pegawai, pekerja, pemegang kepentingan, syarikat bersekutu, syarikat subsidiari, syarikat berkaitan, sekutu, rakan kongsi, pengendali laman web, pengganti, pemegang serah hak, pemegang lesen, ejen, kontraktor bebas GCSB dan pihak ketiga lain yang berkaitan dengan GCSB dari semasa ke semasa, dan sebarang maklumat lain yang mungkin mengenal pasti anda yang telah anda berikan kepada GCSB dan/atau bersampingan dari Data Peribadi tersebuta.

Proses“, “Diproses” atau “Pemprosesan” bermaksud pengumpulan, penggunaan, penrakaman, penyimpanan, penzahiran, dan operasi atau set operasi yang berlainan yang telah dihuraikan dalam PDPA.

Persetujuan

Dengan melantik GCSB untuk menyediakan perkhidmatan atau dengan berinteraksi dengan GCSB sama ada di pameran, seminar, webinar, tempat perniagaan, atau sebaliknya, atau dengan menggunakan dan/atau melawati dan/atau memuat naik Data Peribadi kepada Laman Web atau dengan  melayari dan/atau menyiarkan dan/atau memberi komen di laman media sosial atau akaun kami, anda bersetuju dengan Pemprosesan Data Peribadi anda oleh GCSB dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh GCSB.

Pengutipan Data Peribadi

Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada GCSB secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan GCSB dan/atau apabila anda memberikan Data Peribadi anda ke GCSB secara Laman Web dan/atau melantik GCSB untuk memberi perkhidmatan atau sebaliknya),  GCSB juga mungkin mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • daripada pelawatan atau kemasukan ke dalam premis perniagaan kami, premis-premis yang dimilik dan/atau diduduki oleh kami, acara-acara aktiviti-aktiviti (interaktif atau sebaliknya), pameran, seminar, webinar, pertunjukan, produksi, demonstrasi, persembahan atau sebaliknya; dan/atau
  • pendaftaran atau kehadiran di mana-mana acara atau yang dianjurkan atau ditaja oleh GCSB, sama ada secara tunggal atau berkaitan/perkongsian dengan mana-mana pihak ketiga; dan/atau
  • orang yang telah anda lantik dan membenarkan GCSB untuk berkomunikasi dengan, seperti wakil atau wakil hubungan, dan kenalan kecemasan; dan/atau
  • daripada pengawal selia dan pihak berkuasa kerajaan; dan/atau
  • maklumat yang tersedia secara umum, seperti tetapi tidak terhad kepada alat carian atas talian seperti Google, Twitter dan LinkedIn; dan/atau
  • daripada ‘cookies’ yang digunakan dalam Laman Web dan/atau daripada laman media sosial dan/atau akaun GCSB; dan/atau
  • dari sumber-sumber lain yang anda telah memberikan persetujuan dan kebenaran anda.

Kami menggunakan cookies di Laman Web kami untuk menjejaki pelawat dan pengalaman Kebanyakan pelayar web yang direka untuk menerima cookies. “Cookies” adalah fail data kecil yang mengandungi maklumat yang anda telah bekalkan seperti pilihan keutamaan bahasa dan rantau yang akan membantu meningkatkan pengalaman dan navigasi anda di dalam Laman Web dan dapat membolehkan semua ciri (contohnya, ciri-ciri seperti, tetapi tidak terhad kepada, video flash dan pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau) di Laman Web untuk fungsi sepenuhnya. Jika anda tidak ingin menerima apa-apa cookies, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak/menyahaktifkannya.

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berikan Data Peribadi anda, jika perlu atau anda telah nyahaktifkan cookies, GCSB tidak mungkin dapat (i) berkomunikasi dengan anda; (ii) menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan atau (iii) memberikan anda akses kepada seksyen tertentu pada Laman Web; atau (d) membolehkan semua ciri dalam Laman Web untuk berfungsi sepenuhnya (sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada, membolehkan video flash dimainkan, pastikan anda tidak perlu memasuki pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau setiap kali anda melawati atau melayari Laman Web.

Apabila anda melawati Laman Web, GCSB mungkin akan merekod maklumat tertentu yang berkaitan dengan lawatan anda seperti yang berikut:

(a)          protokol internet atau alamat protokol internet server proksi anda;

(b)          maklumat domain asas;

(c)           pembekal perkhidmatan internet anda;

(d)          tarikh dan masa lawatan anda ke Laman Web;

(e)          tempoh sesi anda;

(f)           halaman yang anda telah diakses;

(g)          kekerapan anda mengakses Laman Web dalam mana-mana bulan;

(h)          saiz fail yang anda melihat;

(i)            laman web lain yang merujuk anda ke Laman Web; dan

(j)           sistem operasi komputer anda.

Terdapat pelbagai halaman dalam Laman Web yang mungkin akan menjemput anda untuk memberi GCSB nama dan butiran hubungan anda, contohnya, demi tujuan dimasukkan ke senarai mel GCSB untuk terimaan surat berita GCSB atau untuk menyertai pertandingan.

Kami juga mengumpul maklumat daripada orang yang menggunakan Laman Web, untuk menghantar berita, maklumat tentang aktiviti GCSB dan bahan-bahan promosi umum GCSB yang kami percaya mungkin berguna kepada anda atau kami; untuk memantau siapa yang mengakses Laman Web dan untuk profil jenis orang yang mengakses Laman Web.

Sila ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur (“Kanak“) 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan semasa melawati atau melayari Laman Web dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Laman Web dan/atau apabila melawat ke premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami dan/atau apabila menghadiri acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar, webinar-webinar, persidangan-persidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksi-produksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahan-persembahan kami atau sebaliknya. Jika ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan telah memberi kebenaran kepada Kanak untuk melawati atau melayari Laman Web dan/atau menggunakan mana-mana perkhidmatan yang terdapat di dalamnya dan/atau melawat ke premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami,  acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar,  persidangan-persidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksi-produksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahan-persembahan kami atau sebaliknya, ibu bapa, penjaga menurut undang-undang dan/atau wakil yang berkaitan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (a) kelakuan ‘online’ Kanak, (b) pengendalian akses dan penggunaan Kanak  dalam Laman Web dan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya, dan/atau premis yang dimiliki dan/atau diduduki oleh kami,  acara-acara, aktiviti-aktiviti (sama ada interaktif atau sebaliknya), pameran-pameran, seminar-seminar,  persidangan-persidangan, pertunjukan-pertunjukan, produksi-produksi, demonstrasi-demonstrasi, persembahan-persembahan kami atau sebaliknya dan (c) akibat daripada sebarang penyalahgunaan oleh Kanak termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dibuat oleh Kanak dari akses dan penggunaan tersebut.

Tujuan Pemprosesan

GCSB boleh menggunakan dan Memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan GCSB yang termasuk, tanpa had:-

  • untuk memberikan Data Peribadi anda kepada perniagaan yang ingin mengupah individu melalui Laman Web dan/atau individu yang mencari peluang pekerjaan melalui Laman Web (mengikut mana-mana kes yang berkenaan);
  • untuk berkomunikasi dengan anda dan/atau mana-mana orang lain yang dikehendaki bagi tujuan dan maksud yang berkaitan dengannya itu;
  • untuk menjawab soalan-soalan dan ulasan daripada anda dan aduan dan secara amnya menyelesaikan pertikaian, jika ada;
  • untuk memenuhi kewajiban kontrak kepada anda;
  • untuk memberikan keistimewaan, faedah, dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk menghubungi orang yang anda telah berikan Data Peribadi, seperti wakil atau perhubungan dan/atau hubungan kecemasan dan/atau tetamu;
  • untuk menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GCSB dan seperti yang dikehendaki oleh anda;
  • Untuk menawarkan peluang semasa dan akan datang, berita, kemas kini dan promosi;
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran, kaji selidik kepuasan pelanggan dan kaji selidik jaminan kualiti;
  • untuk pemasaran langsung melalui panggilan suara, mesej teks, e-mel, mel terus, mesej faks dan/atau bentuk komunikasi elektronik lain yang sekarang dikenali atau selepas ini dirancang, dan bentuk iklan “in-app” semuanya berkaitan dengan peluang dan kemas kini daripada GCSB;
  • untuk membolehkan semua ciri di Laman Web berfungsi sepenuhnya;
  • bagi tujuan pengesahan pengenalan;
  • untuk tujuan pentadbiran am dan penyimpanan rekod;
  • untuk tujuan menjalankan penyiasatan dan prosiding tatatertib;
  • untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan;
  • untuk membolehkan GCSB mematuhi obligasinya di bawah undang-undang dan tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan;
  • berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang bakal;
  • untuk mematuhi undang-undang kesihatan dan keselamatan;
  • untuk melindungi minat kepentingan (contohnya nyawa, kematian, kesihatan dan/atau keselamatan) individu yang lain; dan
  • untuk menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan hak-hak undang-undang GCSB,

dan anda bersetuju dan mengizinkan GCSB untuk menggunakan dan Memproses Data Peribadi anda menurut cara sebagaimana yang dikenalpastikan dalam Notis ini.

Tujuan lain

GCSB juga boleh menggunakan dan Memproses data anda untuk tujuan lain seperti:-

  • untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan serta pengemaskinian yang lain;
  • kepada pembeli (atau bakal pembeli) apa-apa perniagaan atau aset yang GCSB jual (atau menimbang) untuk jual;
  • bagi maksud pemulihan bencana; dan
  • untuk mengedarkan maklumat atau butir-butir acara, pameran, seminar, webinar, persidangan, ceramah dan peluang pekerjaan yang mungkin menarik minat anda,

melalui emel atau atau bentuk komunikasi elektronik yang lain sekarang dikenali atau selepas ini dirancang, atau mel fizikal yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pos berdaftar dan poskad.

Jika anda tidak bersetuju dengan GCSB Memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan di atas, sila maklum kepada GCSB dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi

Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan pelayan mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan Diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan sebagaimana yang diperihalkan di atas di mana penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

GCSB boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak GCSB, dan sebagai akibat boleh menyediakan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga sebagaimana yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):

  • rakan niaga yang lain, pengedali laman web, hubungan industri, pembekal perkhidmatan, penasihat profesional atau individu untuk melaksanakan fungsi GCSB, termasuk, tetapi tidak terhad kepada ejen, kontraktor, sub-kontraktor, perunding dan pembekal perkhidmatan yang memberi nasihat, perakaunan, pengauditan, perkhidmatan undang-undang, teknologi maklumat, kemasukan data, kemudahan penyimpanan, perkhidmatan keselamatan dan/atau insurans;
  • pihak-pihak tertentu yang GCSB diperintahkan atau diarahkan untuk menzahirkan menurut suatu perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas GCSB;
  • pihak ketiga yang diberi kuasa oleh diri sendiri anda;
  • perniagaan yang ingin mengupah individu melalui Laman Web dan/atau individu yang mencari peluang pekerjaan melalui Laman Web (mengikut mana-mana kes yang berkenaan);
  • pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan; dan/atau
  • kepada mana-mana orang yang atau mungkin berpotensi terdedah kepada risiko dijangkiti patogen dan/atau yang kepentingan utamanya (seperti nyawa, kematian, kesihatan, dan/atau keselamatan) mungkin terganggu dengan hubungan rapat dan/atau jarak dekat dengan anda.

Notis ini adalah hanya untuk kepada Pemprosesan Data Peribadi oleh GCSB bagi tujuan-tujuan yang ditentukan dalam Notis ini. Ia tidak meliputi (a) Pemprosesan Data Peribadi yang dikendalikan oleh GCSB bagi mana-mana tujuan yang tidak ditentukan dalam Notis ini, (b) polisi privasi dan kelaukan mana-mana pihak ketiga, walaupun pihak tersebut itu mungkin berkaitan dengan GCSB, dan (c) laman web pihak ketiga yang mana kami menyediakan ‘link’, walaupun laman web tersebut adalah dipasarkan bersama dengan logo kami. GCSB tidak akan memberi/menjual Data Peribadi anda dengan/kepada laman web pihak ketiga. GCSB tidak akan bertanggungjawab untuk amalan privasi dan kelakuan yang digunakan oleh laman web pihak ketiga, atau laman web lain yang mungkin dikaitkan atau diarahkan melalui Laman Web. Oleh demikian, anda patut membaca polisi privasi bagi laman web pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada laman web tersebut.

GCSB tidak akan menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda, tetapi kami tidak akan bertanggungjawab untuk tindakan laman web pihak ketiga di mana anda mungkin diarahkan kepada laman web tersebut.

Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon (a) akses kepada Data Peribadi anda, (b) untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda, (c) untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, dan (e) memohon maklumat lanjut daripada GCSB dengan menghubungi:-

GOCHE CORPORATION SDN BHD

Nama                    : Michelle Lee

Jawatan               : Admin Syarikat

Alamat                  : 8, 10, 12, Gat Lebuh Cecil, 10300 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia

No. Telefon        : +604 263 3877

Alamat e-mel     : info@gochecorp.com

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, GCSB berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila pemberian akses kepada adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda dan/atau apabila GCSB tidak dapat mengesahkan identiti anda atau ketepatan pembetulan atas Data Peribadi yang diberikan.

Penyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi

GCSB telah menetapkan langkah-langkah untuk memastikan Data Peribadi disimpan dan dikendalikan untuk mengelakkan sebarang pendedahan yang tidak dibenarkan.

GCSB hanya menyimpan Data Peribadi selagi ia diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan sentiasa tertakluk kepada undang-undang berkenaan termasuk PDPA, terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian anda dengan GCSB (jika ada) bagi tempoh hubungan anda dengan GCSB, dan untuk tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan GCSB.

Kewajipan Anda Berkenaan dengan Data Peribadi Anda

Anda mewakili dan menjamin bahawa semua Data Peribadi yang diberi kepada GCSB adalah benar, lengkap dan tepat. Sekiranya anda memberi Data Peribadi pihak ketiga (seperti wakil atau perhubungan, hubungan kecemasan, atau selainnya) kepada GCSB, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua kebenaran dan persetujuan yang diperlukan dari pihak ketiga itu telah diperolehi, (b) anda akan terus mengekalkan persetujuan dan kebenaran tersebut, dan (c) anda telah menunjuk Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.

Anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada GCSB sebarang perubahan pada Data Peribadi yang anda telah berikan kepada GCSB setakat yang diperlukan untuk membolehkan GCSB kekal mematuhi undang-undang berkenaan termasuklah PDPA. GCSB akan menggunakan usaha yang munasabah tetapi tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kemas kini daripada anda secara berkala tetap.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, anda bersetuju bahawa GCSB tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti yang anda dan/atau pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) telah ditanggungi atau dialami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, representasi, waranti, dan/atau obligasi yang dinyatakan dalam Notis ini oleh anda dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut.

Anda selanjutnya bersetuju untuk menanggung rugi dan mempertahankan GCSB terhadap sebarang tindakan, tuntutan dan/atau permintaan yang dibawa terhadap GCSB oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak suatu pihak berkuasa yang  kompeten atau individu) dan sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) yang GCSB mungkin dikenakan atau ditanggung, hasilnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, perwakilan, waranti, dan/atau obligasi yang diperincikan dalam Notis ini sendiri dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut, terutamanya di mana GCSB telah diberi Data Peribadi  yang palsu, tidak lengkap atau tidak tepat, kegagalan anda untuk memaklumkan kepada GCSB sebarang perubahan terhadap Data Peribadi, dan/atau persetujuan dan kebenaran yang diperlukan tidak diperolehi atau dikekalkan daripada pihak ketiga yang berkaitan.

Walau apa pun yang terkandung di sini, liabiliti GCSB (jika ada) hendaklah dihadkan kepada setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Dalam apa keadaan pun GCSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi yang berbangkit, bersampingan, tidak langsung, punitif atau khas, atau kehilangan keuntungan, kehilangan keuntungan yang dijangkakan, data, perniagaan atau nama baik, tidak kira sama ada sebarang liabiliti (jika ada) adalah berdasarkan kepada pelanggaran kontrak, tort, liabiliti ketat, atau selainnya, dan walaupun GCSB telah diberitahu atau dimaklumkan tentang kemungkinan tersebut.

Am

GCSB menggunakan perlindungan fizikal, pengurusan and teknikal yang berpatutan dari segi komersil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan Data Peribadi anda dan tidak akan dengan sengaja membenarkan akses ke maklumat ini kepada sesiapa di luar GCSB, selain daripada anda atau seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Walau bagaimanapun, GCSB tidak memastikan atau menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar ke GCSB dan anda hantar maklumat tersebut pada risiko anda sendiri sepenuhnya. Khususnya, GCSB tidak menjamin bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, dipinda, dikumpul, disalin, musnah, dijual, didedahkan atau diubahsuai dengan melanggar mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan di GCSB.

Laman Web kami tidak mensasarkan dan tidak bertujuan untuk Kanak. Kami tidak akan dengan sengaja mendapatkan maklumat peribadi daripada Kanak atau menghantar permintaan kepada mereka untuk Data Peribadi.

Notis ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Anda dengan ini mengemukakan kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia secara tidak eksklusif.